notaaa !

bukan sape-2

Thursday, April 17, 2014

trip to langkawi

Assalamualaikum. Lama dh rasa jejari comey nie tak menaip. Kusam dh blog nie. Hajat nak menaip ada tapi masa jea takde. Huhu. Hari selasa 15 april sehingga 17 april, aku telah pergi bercuti di langkawi. Tempat yg terkenal dgn zon bebas cukai tue hehhe. Memang dh lama rancang nak pi. Sekali tengok tiket flight murah. Terus booking. Kami pergi seramai 7 orang. Seronok. Flight 15 april malam. Kami sampai dlm pukul 10. Kiteorg dh siap sewa rumah dan kereta sesiap. Homestay & kereta innova rm530 jea. Murah larh tue. Rumah pon ada 3 bilik 2 bilik. Ada aircond dan ada mcm2 kelengkapan. Sampai jea langkawi. Balik homestay antar barang dan terus pi cari makan. Perut memasing nak main gendang dh hahha. Kami makan di EE burger. Banyak makanan western di situ. Lepas makan balik berehat sbb esok pagi dh nak mulakan aktiviti. Hari ke-2. Bangun dan sarapan nasi lemak daun pisang rm1 makcik ani. Dan dlm pukul 8 kami keluar. Kami pegi pantai chenang dulu. Sementara tggu naik bot utk island hoping. Dlm pukul 9 kami pergi island hoping. Kami sewa bot. Rm250 utk 7 org. Tp max 8. Kami dibawa ke tiga buah pulau. Pulau dayang bunting, pulau helang dan pulau beras basah. Aktiviti ini dijalankan selama tiga jam. Sejam pertama kami pegi di pulau dayang bunting. Di situ kita perlu mendaki sedikit utk sampai di pulau. Seterusnya kami ke pulau helang. Bagi makan burung helang. Dan pulau ketiga pulau beras basah. Di situ kita boleh mandi mandi, snorkeling, naik banana boat. Selepas aktiviti island hoping. Kami ke tanjung rhu pulak untuk aktiviti mangrove tour. Kami sewa bot rm180 utk 2 jam dan utk 7 org. Di sini kami melalui sungai yg ada paya bakau, tengok monyet blh berenang, bg makan helang, masuk gua kelawar, tengok pulau kasut, tengok sangkar ikan dan masuk gua buaya. Ketika dtg kami lalu sungai yg biasa. Tetapi ketika balik kami perlu melalui laut yg bergelora. Mula mula kami masuk sempadan laut tue ombak hanya kecil sahaja. Tapi semakin kami ketengah ombak semakin kuat dan memukul bot kami. Bot kami hampir terbalik. Hampir sejam kami melalui detik2 cemas itu. Dalam hati hanya tuhan sahaja yg tahu perasaan. Macam macam berlegar di minda. Alhamdulillah sampai jugak kami ke sangkar ikan. Kami berehat sebentar sebelum pulang semula ke check point. Dugaan sungguh time tue. Pengalaman paling xdpt dilupakan. Bayangkan larh laut yg terbentang luas. Fuhhh *lap peluh* dan seterusnya kami singgah di kedai menjual minyak gamat nusantara. Datang ke langkawi tak sah jika tidak membeli minyak gamat. Dah selesai membeli kami pulang ke rumah. Dalam pukul 6 kami berempat keluar makan laksa power belakang airport sambil tgok matahari terbenam. Laksa dan pasemboq situ sedap. Highly recommend. Patut cuba. Selepas makan kami pulang ke rumah. Dlm pukul 8 lebih kami keluar ke downtown yg terletak di pekan kuah. Berdekatan haji ismail. Di situ banyak menjual kain kain dan baju baju. Hampir jam 11 baru kami pulang. Masing2 dh penat, semua tidur tak ingat dunia. Hari ke-tiga. Awal pagi keluar sarapan di kedai nasi lemak rm1 jugak. Dan kami terus ke telaga tujuh. Lepas makan mendaki pulak. So naisss. Lepas tue kami ke oriented village iaitu tmpt cable car. Masa kami pegi tak ramai lagi org yg naik. Dlm sejam kami naik. Perasaan cuak tue tetap ada bila pandang bawah. Terlalu tinggi. Boleh nampak telaga tujuh, gunung mat cincang, sempadan thailand, laut dan gunung ganang. Patut cuba jugak. Tp kalo yg gauat jgn larh huhu. Seterusnya kami ke beras terbakar. Beli kain batik. Di situ kami baik murah. Ada ikan bilis. Ada gajus. Selepas itu kami pulang ke rumah utk bersiap siap nak check out. Sbb kami check out pukul 3. Lepas check out kami ke haji ismail group membodong coklat dan ke idaman suri membeli kuali. Dan seterusnya kami ke dataran lang. Dan makan laksa di situ. Dan akhir sekali kami ke airport utk pulang ke kl. Flight delay sampai dkt pukul 11. Ape ape pun alhamdulillah kami semua selamat pergi dan pulang. Syukur. Best sangat pergi dgn dyeorg happening kami lawak. Perghhh terbaik. Ouhh ya. Lepas balik semalam. Mak cerita pasal ada org mati dkt tasik dayang bunting hari yg kami pegi tue. Yaallah.

No comments: